.PRE.FA.C.E.

•November 15, 2008 • Leave a Comment

Photobucket

.In the name of Allah, the Most Gracious, Ever Merciful.

We [JKK PMK PERMAI ’08/09] plead to Allah, and request the readers to endorse this prayer wholeheartedly, that may this blog could shine your life with the light of guidance. May it help you on going through these entangled odysseys, and as for us, its sinful authors, something which might be of some help to us in the Hereafter. Ameen.

We are more grateful than ever if you could gain some benefits from this imperfect blog, all the praise goes to the Almighty. In our most humble wishes, please forgive us for any mistakes that you might notice from this site. Please, do benevolently correct us in anything sacrilegious and profane that you might notice from us. And we’ll try our best to sincerely metamorphose for the better, with God’s will. We are neither nothing more nor less than just a peccable 3abid of Allah who’s dying for his ultimate forgiveness.
To Him we pray, may He exonerate our wrong doings in the past and the present, and may He protect us from any could-be-committed sins in the future. Amen.
Regards,
JKK PMK PERMAI ’08/09.

Last but not least..

•January 9, 2009 • Leave a Comment
Tak mati pun kalau tak beli..

Tak mati pun kalau tak beli..

Mahasiswa bisukah kalian?

Mahasiswa bisukah kalian?

•January 9, 2009 • Leave a Comment
Anda pembunuh? jawab sendiri!!

Anda pembunuh? jawab sendiri!!

Attention!!

•January 9, 2009 • Leave a Comment
Kamu tak buta? fikir semula!!

Kamu tak buta? fikir semula!!

MATANGKAH KITA?

•January 3, 2009 • Leave a Comment

Keliru. Mungkin ini istilah paling tepat apabila melihat masih kurangnya kematangan mahasiswa Malaysia khususnya di Jordan hari ini. Ada yang menganggap ini isu yang subjektif untuk mengukur kematangan seseorang. Mungkin bukan semua, namun walaupun segelintir, tempias ketidakmatangan itu sedikit sebanyak mencerminkan peribadi dan jatidiri mahasiswa di sini. Adakah mereka sedar mereka bukan setakat pelajar, malah lebih dari itu? Adakah mereka sedar transisi yang mereka alami ketika meninggalkan alam persekolahan untuk menjejakkan kaki ke menara gading yang diimpikan? MAHASISWA, se’gah’ nama, sebesar itulah peranan dan tanggungjawab yang tergalas di bahunya.
Tiada tafsiran secara eksplisit menjelaskan pengertian sebenar mahasiswa. Namun, umum mengetahui, mahasiswa merupakan suatu golongan pelajar post secondary education (pengajian tinggi dan universiti) dalam usia yang sedang mengalami peralihan dari tahap remaja ke tahap dewasa. Peribadi seseorang yang bergelar mahasiswa juga kental dengan nuansa kedinamikan, mempunyai sikap keilmuan, dan pemikiran yang intelek, matang dan mendalam sehingga mampu melihat sesuatu secara objektif, sistematik dan rasional.

DI MANA KITA
Rata-rata mahasiswa di Jordan yang kelihatannya ketika ini masih belum mempunyai jiwa mahasiswa dalam diri. Usahkan merasainya dalam hati malah mungkin tidak pernah terfikir dek akal, akukah mahasiswa?
Tidak keterlaluan untuk dikatakan, bukan sedikit pelajar universiti hari ini yang tidak mampu mencapai tahap kematangan pemikiran yang sepatutnya jika dilihat mengikut kronologi usia. Mungkin ada yang menyalahkan keadaan dan suasana persekitaran yang gagal memberikan acuan sebenar untuk kita berfikir dan bertindak seperti seorang mahasiswa. Usia yang masih muda seawal 17 dan 18 tahun ketika mula mendaftar menjadi pelajar universiti di sini, serta suasana belajar di universiti luar negara yang jauh berbeza dengan situasi kampus tanah air, seolah-olah memberikan alasan kukuh mengapa kita tidak mampu mencari dan membina kematangan seorang mahasiswa dalam diri.

“Usia bukan bilangan waktu, tapi bilangan kesedaran”- Asy-Syahid Syed Qutb

Usia bukanlah parameter evaluasi kematangan . Andai ini yang menjadi kayu ukurnya, maka di mana pula had umur mengukur transisi kematangan berfikir seseorang? 20? 21? 25? 30? Atau 60?

Dalam usia meniti dewasa, rupa-rupanya masih ada sisa kebudak-budakan yang dibawa. Terbawa atau sengaja membawa dan membiarkan sifat keanak-anakan itu mengawal diri sendiri? Kita lebih rela mengikut kata hati, nafsu dan emosi daripada mengambil pertimbangan akal dan iman sebagai neraca membuat sesuatu keputusan dan tindakan. Budaya hedonisme, berhibur, membuang masa, bercouple dan yang seangkatan dengannya, bukti nyata masih belum wujud roh mahasiswa intelek dalam diri kerana masih belum mampu menilai baik buruk, berfaedah atau sia-sia sesuatu perbuatan itu.

FIKRAH ISLAM MAHASISWA MUSLIM
Kematangan berfikir bukan untuk ditunggu, dinanti, tapi untuk dicari, dibina, dilatih, dan diperolehi. Satu kelebihan yang dilihat ada pada mahasiswa Jordan, kita semuanya mempunyai satu aqidah yang sama, aqidah islamiyyah. Maka seharusnya asas pemikiran matang kita, mahasiswa Muslim seluruhnya berpasakkan pada kekuatan aqidah dalam jiwa.
Lembaran sejarah Islam menceritakan pemuda-pemuda Islam zaman silam yang seusia kita mahasiswa masa kini, sudah mampu berfikir jauh dan bertindak matang. Soal kemaslahatan ummah, soal kebangkitan agama dan tamadun bangsa, soal ancaman dan gangguan daripada musuh-musuh Islam sedunia tidak dipandang sebelah mata. Apakah yang menjadi pendorong kuat kepada mereka sehingga mampu mencipta nama dalam lakaran sejarah?
Pemuda dahulu dibajai dengan aqidah yang mantap, yang membentuk cara berfikir, dan mengawal segala tindak tanduk dan keperibadian mereka. Tiada masa untuk bergurau senda berlebih-lebihan, membuang masa dengan perbuatan yang sia-sia, atau gejala hedonisme yang entah apa-apa. Apa yang berlegar dalam pemikiran mereka hanyalah untuk kepentingan agama dan umat sejagat. Aqidah dan iman yang mapan dan jitu juga menjadikan mereka kental dalam menghadapi mehnah dan tribulasi yang terbentang di hadapan mata.
Itulah jiwa dan fikrah pemuda Islam yang sepatutnya tersemai dalam diri setiap Mahasiswa Muslim pada hari ini. Fikrah Islam harus mendominasi gaya dan cara kita berfikir lantas diterjemahkan kepada perbuatan yang mencerminkan kematangan dalam setiap pemikiran dan tindak tanduk kita seharian.

Seperti satu kitaran, sama ada fikrah Islam menjadi pemangkin kematangan berfikir seseorang, atau kematangan berfikir membantu seseorang mahasiswa Muslim membentuk fikrah Islam. Kita masih kurang elemen itu.

CABARAN MAHASISWA MUSLIM
Apabila memperkatakan tentang mahasiswa Muslim, kita harus kembali kepada konsep asas pembentukan individu muslim, yang menuntut pengislahan diri sebagai permulaan untuk melakukan pengislahan ke atas keluarga, masyarakat, negara dan dunia seluruhnya. Mahasiswa Muslim perlu sedar bahawa dalam usaha untuk mendaulatkan Islam, mereka seharusnya bersedia dari segi intelek, emosi, jasmani dan yang paling penting ialah kekuatan rohaninya.
“Kecuali orang-orang yang bertaubat dan memperbaiki diri dan berpegang teguh pada agama Allah dan dengan tulus ikhlas (menjalankan) agama mereka kerana Allah. Maka mereka itu bersama-sama orang-orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan pahala yang besar kepada orang-orang yang beriman”
(SURAH AN-NISA; 146)

Perlu disedari, jalan untuk pengislahan diri melahirkan mahasiswa Muslim yang memiliki fikrah Islam berhadapan dengan seribu satu cabaran dari dalam diri sendiri mahupun pengaruh luar.
Budaya berhibur keterlaluan, hedonisme dengan prinsip asasnya “Maximize leisure, minimize pain” telah banyak diperkatakan. Mungkin naik meluat mereka yang mendengarnya, tetapi mengapa masih belum nampak jalan penyelesaian? Kita yang pekak, atau buat-buat pekak, kita yang jahil atau buat-buat jahil? Sebaliknya kita lebih memilih untuk berseronok daripada bersakit-sakit menempuh cabaran membina diri, keluarga, agama, negara dan umat seluruhnya. Budaya ilmu pula kian terhakis. Sama ada kita sedar atau tidak, faktor keilmuan sesuatu bangsa itu adalah antara faktor utama kebangkitan dan kegemilangan sesebuah tamadun. Kita hilang semua itu, lalu mahasiswa kita sekarang lemah dan tidak mampu bangkit mencipta kembali kegemilangan tamadun Islam yang pernah dibanggakan.

Sifat ‘akuisme’, mementingkan diri sendiri dan tidak mengambil berat hal ehwal sekeliling, kian menebal di kalangan kita. Apabila melihat perkara salah, hendak ditegur, nanti dikatakan syadid dan menjaga tepi kain orang. Ingin mengajak berbuat baik, takut pula dikata alim. Akhirnya masing-masing hidup dalam kepompong sendiri, hidup aku, hak aku, hidup kau, kau punya pasal. Tidak sepatutnya ini yang terjadi dalam sebuah masyarakat mahasiswa Islam yang kelak akan menjadi pemimpin dan agen pengislah masyarakat.

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sungguh Allah sangat berat seksaNya “
( SURAH AL-MAIDAH ;2)

Tidak kurang juga yang kalah dengan godaan nafsu, leka bercinta, ber’couple’, dan bersosial tanpa batasan syariat seolah-olah terlupa hari pembalasan yang akan menyaksikan setiap perbuatan dosa pahalanya. Biarlah dikatakan isu ini isu lapuk, bosan dengan kempen ikhtilat sifar atau sebagainya, namun selagi mana isu ini masih lagi menjadi isu, janganlah jemu memberi peringatan sesama kita kerana agama itu adalah nasihat.
Bagi yang studious pula, terlalu keterlaluan dalam penumpuan kepada akademik, menjadikannya lupa untuk berfikir hidup bukan untuk menghambakan diri kepada ilmu dan akademik semata-mata. Hidup bukan hanya untuk mengejar kerjaya mewah dengan kelulusan tertinggi yang diperolehi. Memang sepatutnya kita meletakkan target yang tertinggi dan terbaik untuk cemerlang dalam akademik, bukan setakat dean list, malah president list , namun jika kecemerlangan itu hanya untuk diri sendiri, tanpa berfikir jauh ia adalah penting untuk memperbaiki masyarakat dan umat sejagat, kecemerlangan itu seolah-olah hilang manisnya. Tiada bakti hasil daripada kelebihan yang Tuhan beri, seolah-olah sia-sia kurniaanNya.

NOT JUST ORDINARY
Bukan masanya untuk menilai layak atau tidak anda digelar mahasiswa, kerana anda telah pun berada di atas jalannya saat anda mula menjadi pelajar di universiti, tetapi apa yang wajar dipersoalkan, sejauh manakah anda sedar peranan dan tanggungjawab yang tergalas di bahu anda sebagai seorang mahasiswa? Atau khususnya lagi sebagai seorang Mahasiswa Muslim?
“Dalam setiap zaman, pemuda merupakan tunjang kebangkitan. Dalam setiap kebangkitan, pemuda adalah rahsia kekuatannya, dalam setiap fikrah, pemuda adalah penyebar panji-panjinya” –Asy Syahid Hassan AlBanna
Life is too short to be ordinary. Ingat, kitalah pewaris kegemilangan ummah, seharusnya kita jualah Mahasiswa Muslim yang bangkit meninggikan semula syiar agama Allah. Tinggalkan zaman kebudak-budakan dan keseronokan yang melampau. Kita diberi peluang di bumi bertuah ini, ditambah pula berada di luar negara, jangan sia-siakannya.
Mantapkan aqidah dan bentukkan fikrah Islam yang menguasai dan mendominasi cara kita berfikir dan cara kita bertindak. Inilah saatnya untuk kita berubah. Kita harus jadi yang berbeza daripada yang biasa, kerana kita adalah Mahasiswa Muslim harapan ummah dan agama. Selamat berusaha dan berjaya!

Pengenalan JKK Pembangunan Minda dan Kendiri PERMAI

•December 28, 2008 • Leave a Comment

Usamah bin Zaid, Mus’ab bin Umair, Aisyah binti Abu Bakar. Mahasiswa mahasiswi graduan universiti tarbiyyah Rasulullah saw. Kita membaca sejarah mereka. Pemuda pemudi. berusia seperti kita. Hebat bukan? Namun kini semuanya sudah tersimpan rapi dalam lipatan sirah silam. Hanya mereka yang membukanya dengan hati yang celik sahaja dapat mencium harumannya.

Itu kisah mereka. Kita pula di mana? Mahasiswa mahasiswi muda di atas bumi yang sama. Namun tidak kelihatan kehebatan pemuda seperti Usamah bin Zaid. Di manakah pewaris Aisyah binti Abu Bakar? Mungkin zaman kita berbeza. Atau sejarahkah yang tidak mungkin berulang? Mereka boleh, mengapa kita tidak boleh?? Pasti silapnya ada pada kita.

Seorang alim pernah berkata : “ Sistem pendidikan hari ini tidak lagi mampu melahirkan jiwa-jiwa yang merasa manis dalam beribadah..”.Benar,kita memang kekurangan mahasiswa mahasiswi Muslim yang matang dan peka terhadap isu-isu semasa. Ketandusan pemikiran, thaqafah dan nilai diri yang semakin membimbangkan. Atas kesedaran ini, PERMAI menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Minda dan Kendiri PERMAI(JKK PMK PERMAI) dengan harapan dapat membantu ahli Permai khususnya dalam proses pembentukan mahasiwa mahasiswi Muslim yang sejati.

Kita mahu melahirkan mahasiswa mahasiswi berjiwa mulia. Berhati hamba tetapi bertenaga. Pergaulan sesama manusia yang dihiasi keimanan dan ketaqwaan. Menerangi kesuraman ummah dengan cahaya peribadinya. Sanggup berkorban dan berkhidmat untuk Islam. Juga memiliki 10 sifat Mahasiswa Mahasiswi Muslim Sejati :

1. Aqidah yang sejahtera
2. Ibadah yang sahih
3. Akhlak yang unggul
4. Luas pengetahuan
5. Kuat tubuh badan
6. Mampu berdikari
7. Melawan nafsu
8. Sangat menjaga masa
9. Tersusun urusannya
10. Bermanfaat kepada orang lain

Dan kami, selaku wakil JKK PMK PERMAI 2008/2009 amat mengharapkan kerjasama semua ahli dan respon positif untuk program-program anjuran PMK Permai. Sebarang idea dan buah fikiran juga sangat dialu-alukan. Moga hari-hari yang kita lalui diiringi dengan peningkatan diri dan kematangan fikiran mahasiswa mahasiswi Muslim sejati ke arah mencapai kecemerlangan di dunia dan di akhirat.Insya’allah.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.